Sebelum majlis tu ibu dah mula kenal Fizal (Hijjaz) selalu juga berhubung berkenaan Nasyid dan Show yg bakal di anjurkan, disini bermula titik berperkenalan ibu dan Faizal, alhamdulillah sungguhpun beliau ni sibuk betul orangnya namun kehadiran kami senantiasa di sambut dengan baik di Malaysia.
Ibu buat 2 Trip ke Malaysia sambil berbincang pasal show kami sempat juga melawat pejabat Hijjaz masa tu di perkampungan arqam (tak ingat pulak nama tempat tu) ini di susuli dengan lawatan ibu sekali lagi kesana dan persetuan di capai untuk Hijjaz di bawa ke singapura untuk majlis Konsert Nasyid Nasional Singapura.
Konsert Nasional Nasyid berjalan dengan baik alhamdulillah, selepas kosert sempat juga ibu uruskan tentang penginapan hijjaz di hotel geylang dan juga sebelum itu sempat pergi makan hehe.. dah mlm sempat juga kita pegi makan lapar Hijjaz ni hehe... selepas minta diri terus ibu balik (suara ibu masa tu dah mula perlahan2 hilang, sebenarnya memang tak sihat maklumlah sibuk dengan projek kesihatan pula terganggu sikit)
Awal pagi seperti di janjikan sebelum kami ke Warna Ria Cafe di Woodland sempat kami singgah di sebuat kedai deret S11 di geylang tu.. ni kedai kaset sempat juga tengok cd2 hijjaz yang terdapat di kedai tersebut, tokeh kedai mmg ada perjanjian dengan ibu dia nak sponsor gambar hijjaz di studio hari tersebut, apa lagi bergayalah mamat ni semua :D hehe..
nilah gambar pertama kali ibu dengan kumpulan Hijjaz
(tengoklah gambar ibu tu muka orang tak sihat kecik pulak mata tu tak cukup tidur hehe)
Sempat dorang tu ajak ibu turut bergaya :D makcik ni pulak memang selamba je tak pernah nak tau tolak hehe... lagi pulak kita dah lambat juga masa tu sebab ade appt di warna ria selepas kite bergambar tu untuk bersarapan bersama Hijjaz dan peminat di Warna Ria Cafe, pengurus di cafe tu sempat juga atuskan Interview Hijjaz secara life di radio, ibu di interview juga hehe mermalu kucing plak tapi dah orang tanya jawab sajalah :D.
No comments:
Post a Comment