Tuesday, December 21, 2010

Segment Istimewa Bersama Hijjaz

HIJJAZ DI MADRASAH ALJUNIED 8MLM - 10 MLM
BERSEMPENA MAULIDUR RASUL

Di Bugis Junction
Image Hosted by ImageShack.us
nak kata sesat tak sesat carik jalan ke Madrasah Aljunied, tapi akhirnya kami sampai juga. (manalah korang ni bawak ibu.. sabar jelah)

Nyanyi unplug Hijjaz - Hijjaz Inperson
Image Hosted by ImageShack.us
Sesampai di sana kebetulan acara Hijjaz Inperson telahpun bermula, sebelum acara selesai, mereka sempat mendendangkan sebuat lagu, terpegun yg lain mendengar.





Zack Zali (pengurus Hijjaz Singapura)

Apa sajalah yg di bincangkan tu, sampai kyusuk betul isman & Munif mendangarnya, sibuk betul zack hari tu, mana nak siapkan sound system dan kena pula pastikan semua acara persembahan show hijjaz berjalan dengan baik di Madrasah Aljunied.





Image Hosted by ImageShack.usHijjaz tanda tangan sijil
Ibu tak kasi peluang hijjaz cabut sebelum dorang tanda tangan sijil-sijil yg ibu bawa tu, kalau tak nanti dorang tu dah hilang, maklum sajalah sdng bersama peminat tu :D sibuklah katakan, Baju Biru tu Faizal (Bekas Mantan KSH) baju Coklat tu pulak President KSH yg baru iaitu Ariffin, dorang lagi kyusuk sdng tanda tangan. Sijil tu khas untuk Para petugas KSH & Forummers aktif di KSH


Faizal dan ibu (bincang)
Image Hosted by ImageShack.us
Apa sajalah yg di bincangkan tu :D, sampai tersengeh ibu dibuatnya.


Image Hosted by ImageShack.us
Kumpulan Nasyid Hijjaz
Persembahan dari Hijjaz pada sebelah mlm (menang mantap) tak rugi datang



Sautul Jundil - Madrasah Aljunied
Inilah para penasyid yg tak asing lagi di singapura iaitu Sautu Jundil, muga untuk mereka semua, persembahan baik sekali.



Para Petugas NNS
Image Hosted by ImageShack.us
Amboi ko nora geli hati betul, kak sue ko tu kenapa pulak menung manjang, ida oh ida kenapalah di muncungkan bibir tu :D penat dorang ni bertugas (ida ni petugas ibu di forum Komuniti Sahabat Hijjaz Malaysia dtg ke spura khas untuk acara segment Khas bersama Hijjaz - terharu ni.. terima kasih ida kerna sudi bersama kami kendalikan projek tu)


Show & Gathering

KONSERT AMAL
"Malam Damai Kasih"
Tarikh: 5 Mac 2005
Masa: 8:00 Malam

Tempat: Cultural Activity Centre
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Anjuran:
Institut Al-Quran Malaysia
Image Hosted by ImageShack.us
Gambar Kenangan semua Artis yg terlibat untuk acara konsert 'Malam Damai Kasih'
Acara yg begitu meriah julung-julung kalinya di adakan di UIA Gombak begitu gilang gemilang sekali dengan atur Acara yg begitu tersusun. Kehadiran Pengunjung yg begitu ramai lebih kurang 6 ribu sehinggakan agak berasak-asak dengan masaalah penonton yg agak lebih dari tempat duduk yg di sediakan. Walaupun demikian dengan keadaan yg tidak begitu selesa namun penuntun yg hadir begitu memahami dan terus memberikan kerjasama untuk acara konsert terus berjalan tanpa ada sebarang masaalah.
Ibu kesian juga pada yg hadir tu tidak dapat tempat duduk termasuk ibu juga anak2 yg kebetulan datang dari jauh iaitu dari singapura, namun dalam kami mencari tempat duduk tu ada satu tempat duduk betul terletak di atas sekali di dewan tingkat 3 kalau tak salah ibu :D satu saja kerusi yg kosong jadi dapatlah ibu duduk, sementara anak2 yg lain termasuk beberapa orang pegawai dan juga dari komuniti KSH yg turut mengiringi ibu pada hari itu terpaksa mengalah dan duduk di tangga (kesian korang naik leyper bontot korang hehehe)





Image Hosted by ImageShack.us
Gambar kenangan bersana Ida(Waheedah)
Dari kiri: Ibumisali(NNS), Ida (Waheeda - Penyanyi),
Norma (KSH) & Syidah (Sri_Dewi NNS)

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar sisipan pentas di UIA Gombak yg begitu GAH sekaliGambar diambil sebelum konsert bermula (rehearsal artis sedang berlangsong)
petugas sedang sibuk buat persiapan akhir.







3. Majlis: Lawatan Kebajikkan Artis HME & Petugas KSH sahaja

Tarikh: 6/3/2005 (sehari selepas show artis HME di UIA)

Waktu: 2ptg selepas zohor * majlis lebih kurang 3 - 4 jam

Petugas KSH Sila Berkumpul di: Balai Islam (KL)

Bayaran: Tiada Makanan ptg & hadiah: Ibu sponsor dan di bantu sama oleh Lizz & Sue

KUNJUNGAN IBU & TULIPZ KE KL

KUNJUNGAN IBU & TULIPZ KE KL
Catitan sewaktu berada di KL pada 17, 18,19,20 21 Dec 2004

GAMBAR KENANGAN SEWAKTU BERADA DI KL
..HIJJAZ..HIJJAZ..HIJJAZ..HIJJAZ..HIJJAZ..HIJJAZ





untuk melihat album ini sila ke Album Gambar kenangan ibu di: sini


Bertolak dari singapura jam 10.30mlm sampai di KL Pudu Raya nak hampir jam 4 subuh, memandangkan terlalu awal untuk pergi kerumah abai (Faizal) ibu dan lizz carik tempat untuk rehat sementara menanti ada yg ambil kami. Lebih kurang jam 5 pagi tu sempat ibu talipon anak angkat ibu tapi kesian dia lagi tidur, ingat nak pergi dulu rumah dia sebelum pergi rumah Abai. Kami masih di pudu tunggu sampai jam 6pagi, ibu talipon abai beritau yg ibu dah sampai dan akan kesana menaiki teksi. Sampai dpn pintu abai dah tunggu sambut dengan senyuman, kesian dia tak tidur tunggu pun datang, anak abai aisyah (kalau tak salah) ada tunggu juga, yg lain tu semua lagi tidur kami pelan-pelan naik atas dan rehat sampailah jam 9 pagi letih sangat sebab dalam bas tak tidur.Lepas makan tengahari Faizal talipon beritau yg Muaz akan ambil 2 org anak dia untuk video clip 'Untuk MU Ibu' faizal siap suruh ibu dan lizz siap untuk datang kepejabat lihat dorang tu ada buat pengambaran di pejabat baru HME, ini peluang baik dapat lihat macam mana dorang buat pengambaran, dalam sempat ambil artis wanita yg berlakon sama dalam video klip tu. Dalam van ikut sekali sarah (isteri faizal) serta semua anak-anak dia.

Ibu taklama di office sebab dah kebetulan forummers di ksh semua kawan-kawan lizz dan buat temu janji yg tak rasmi saja-saja nak berkumpul di Mid Valley setelah tau yg ibu dan lizz akan datang sana. Kelam kabut juga jam tu nak tengok pengambaran jam tu jugak ada Gathering dengan forumemrs ksh, ingatkan cuma 7 org yg datang tapi rupanya lebih dari tu, mak aii terkejut bibik kejap. Lepas gathering tu sempat ibu main bowling dengan budak-budak tu, hai makcik-makcik sekarangni semua maju ke depan tak mau kalah. Balik dari mid valley tu muaz ambil ibu hantar ke rumah sorang sahabat Hijjaz dimana rumah tu di gunakan untuk pengambaran 'Untuk mu Ibu' wah dapat jumpa sekali kakak yg berlakun jadi ibu dalam video klip tu, anak-anak dia ada juga yg berlakun sekali, wah seronok jugak tengok dorang buat pengambaran tu, habir lebih kurang jam 11 mlm, dari situ kita balik kerumah abai, sambil tunggu syikin sampai mlm tu dari rumah adik dia.
Tak habis tu mlm yg sama dari rumah kakak tadi tu dorang berpindah kerumah munif untuk sambung pengambaran video klip tu, kali ini sekali lagi dapat lihat bagaimana susahnya mereka nak siapkan satu-satu scen pengambaran (bukan senang dorang tu nak buat, siap ambil shot berkali-kali kesian dorang tu mata sorang-sorang makin kecik haha.. nak nak faizal sepet je mata dia. Habis pengambaran tu dalam jam 2.30 pagi ibu dah tak boleh tahan, habis je kami semua balik rumah faizal yg tak jauh dari rumah munif selam 3 rumah je. Semua tidur sampailah pagi letih betul.
Hari kedua: Majlis Walimah TUNA (moderator KSH) pada hari ahad 19/12/04, faizal dah siap suruh semua berkumpul di rumah dia, kita bagi orang naik kereta siapa. Ibu ikut kereta Ariffin bersama, syikin, norma lynn klia dan lizz, macam ikan sardin, mujur budak-budak tu kecik-kecik. Dimajlis tu sempat jumpa pengantin suami isteri cantek kedua mempelai. Lepas majlis walimah tu kita semua ke rumah 2 orang sahabat hijjaz yg kebetulan dua-dua tu baru melahirkan anak. lepas di rumah sahabat hijjaz tu, ariffin hantar kita semua balik, yg seronok tu siap budak-budak sahabat hijjaz tu ikut balik kerumah abai siap satu kereta penuh sesak budak-budak tu ikut. Ibu sempat pelawa norma untuk ikut pergi office PIN (nasyeed.com). Tapi ibu seronok tengok dorang tu ceria semua, ramah-ramah belaka. dorang balik ada dalam jam 10 mlm gitu. Lepas tu kita rehat anak beranak letih sangat esok ada lagi acara ni.
Hari ketiga di sana: Lepas sarapan dengan Faizal sekeluarga, syikin juga ada, kita siap makan nasik lemak instant sedap betul. lepas tu kita ke pejabat HME kali ni siap nyanyi dengan Isman untuk lagu baru UNIC, dah di pelawa makciknipun apa lagi tak lepas peluang, sampai siap lagu tu, masa tu di pejabat ada Frizdan (webmaster ksh) Isman (Hijjaz), Fitri (unic) Ito Lara juga adak di pejabat. Lepas dah siap lagu tu isman beritau ibu 'ibu mlm kita masuk studio' dia suruh turun tengok unic rakam lagu baru tu mmg sedap lagu tu, disini dapat juga ibu pelajari macam mana sesuatu rakaman di jalankan, dan betapa seriusnya Isman uruskan (korang kalau tak kuat semangat kena kuatkan dulu hati tu, tapi hasil dari kerja keras isman memang berbaloi, lagu tu mmg baik sekali).
Hari ke Empat: Hari ni pula kita ke Office HME macam biasa, lepas ambil baju untuk Hijjaz gunakan nanti kami semua kira satu kereta dan satu van. Ke karangKraf Sdn untuk sessi Fotogaraphy majalah tak ingat pulak majalah apa (biasalah usia meningkat remaja ni serba tak ingat haha) . Sekali lagi berpeluang melihat bagaimana artis kita ni berposing untuk majalah, macam-macam hal dorang ni, macam-macam gelagat haha.. kita yg tengok turut jadi kecoh belakang cameramen. Hijjaz yg dari tadinya sibuk bergaya depan cameramen, kita yg di belakang cameramen bawa camera sendiri, mulalah snap sana dan snap sini tak mau kalah nak jugak bergaya.
Hari ke Lima: Faizal hantar ibu dan lizz ke Pudu, naik bus ptg jam 3.30 ptg sampai singapura dalam jam 10.30mlm letih sangat akhirnya sampai ke rumah juga mlm tu tidur punyalah sedap.
Ucapan terima kasih khas untuk Faizal/Sarah serta keluarga juga syikin yg sudi bersama-sama kami sewaktu di sana, begitu juga dengan lynn-KLIA dan juga norma, jasamu di kenang, nanti kita buat appt lagi boleh jalan ramai-ramai. Kunjungan kali ni sungguh bermakna dah duduk sana sampai tak ingat dah hari ke 5 disana.

Tawaran Faizal Hijjaz Pada Ibu

SHOW HIJJAZ 24/10/2004
Gambar kenangan sewaktu Hijjaz (ibu dan keluarga)
Sebelum show bermula, sempat juga Faizal mempelawa ibu untuk
membantu beliau di Komuniti Sahabat Hijjaz sebagai 'Penasihat, agak terkejut dengan pelawaan tersebut, faizal pula selamba je usik ibu ' bagus juga jika ibu dapat bantu saya, kalau ibu ada, boleh juga tolong tengok2kan /nasihat2kan petugas dan forummers, ada orang tua ni lain sikit bu, mereka segan sikit' terasa pulak ketuaan ibu hehe macam-macam je faizal ni, pandai je nak memujuk.
Terharu pulak bila dia minta tolong dan tanya ibu banyak kali tentang tawaran dia tu, apa lagi jika pelawaan tu datang dari President Hijjaz sendiri, ibu tidak keberatan untuk membantu, ibu sempat beritau Faizal 'Ibu boleh bantu faizal, tak ada masaalah, cuma ibu akan masuk sesekali untuk jenguk dorang tu, jangan harap ibu untuk masuk kerap ye sebab ibu sibuk juga di sini' senyum je Faizal dia tak kisah janji ibu ada dia ok katanya.
InsyAllah ibu akan bantu selagi terdaya, lagi pulak bukannya buat apa sekadar membantu jadi penasihat je, kita dalam dunia nasyid sama tujuan sama wawasan jika tidak boleh sahaja bekerjasama. Negara yang jauh tidak menjadi masaalah pada kita untuk membantu, dunia sekarang ni internetlah yang menyambungkan pertalian antara yang jauh maupun yang dekat. Kepercayaan telah di beri tinggal bantu mana yang patut insyAllah
Link gambar yg lain boleh lihat di sini -- >
Gambar telah ibu letak di
Galeri Fotki Hijjaz

Ibumisali & Hijjaz

Semuanya bermula sebelum Konsert Nasyid Nasional Singapura anjuran Balai Rakyat Ayer Rajah, Pandan Gardens, dan ibu adalah Pengerusi Projek tersebut. Pertama kali projek seperti ini melibakan Balai Rakyat atau PA (Persatuan Rakyat).

Sebelum majlis tu ibu dah mula kenal Fizal (Hijjaz) selalu juga berhubung berkenaan Nasyid dan Show yg bakal di anjurkan, disini bermula titik berperkenalan ibu dan Faizal, alhamdulillah sungguhpun beliau ni sibuk betul orangnya namun kehadiran kami senantiasa di sambut dengan baik di Malaysia.

Ibu buat 2 Trip ke Malaysia sambil berbincang pasal show kami sempat juga melawat pejabat Hijjaz masa tu di perkampungan arqam (tak ingat pulak nama tempat tu) ini di susuli dengan lawatan ibu sekali lagi kesana dan persetuan di capai untuk Hijjaz di bawa ke singapura untuk majlis Konsert Nasyid Nasional Singapura.

Konsert Nasional Nasyid berjalan dengan baik alhamdulillah, selepas kosert sempat juga ibu uruskan tentang penginapan hijjaz di hotel geylang dan juga sebelum itu sempat pergi makan hehe.. dah mlm sempat juga kita pegi makan lapar Hijjaz ni hehe... selepas minta diri terus ibu balik (suara ibu masa tu dah mula perlahan2 hilang, sebenarnya memang tak sihat maklumlah sibuk dengan projek kesihatan pula terganggu sikit)

Awal pagi seperti di janjikan sebelum kami ke Warna Ria Cafe di Woodland sempat kami singgah di sebuat kedai deret S11 di geylang tu.. ni kedai kaset sempat juga tengok cd2 hijjaz yang terdapat di kedai tersebut, tokeh kedai mmg ada perjanjian dengan ibu dia nak sponsor gambar hijjaz di studio hari tersebut, apa lagi bergayalah mamat ni semua :D hehe..



nilah gambar pertama kali ibu dengan kumpulan Hijjaz
(tengoklah gambar ibu tu muka orang tak sihat kecik pulak mata tu tak cukup tidur hehe)
Sempat dorang tu ajak ibu turut bergaya :D makcik ni pulak memang selamba je tak pernah nak tau tolak hehe... lagi pulak kita dah lambat juga masa tu sebab ade appt di warna ria selepas kite bergambar tu untuk bersarapan bersama Hijjaz dan peminat di Warna Ria Cafe, pengurus di cafe tu sempat juga atuskan Interview Hijjaz secara life di radio, ibu di interview juga hehe mermalu kucing plak tapi dah orang tanya jawab sajalah :D.

Show Hijjaz (Singapore)

Gambar oleh: Ibumisali

Semalam lama juga ibu bual dengan Fizal (President Hijjaz Entertainment/Sahabat Hijjaz) bertanya khabar dan bertukar2 pandangan berkenaan forum dan nasyid, baru2 ni ibu ke kl tak sempat pulak nak jumpa Faizal dan keluarga dia,tapi sempat jumpa anak-anak buah dia ia itu dari kumpulan UNIC.

Menurut Faizal mereka ada show di Singapura pada....

Show HIJJAZ
Hari: Jumaat 21/10/2004 ia itu esok
Masa: lepas asar
Tempat di: Cause Way point (Bersebelahan Woodland shopping ctr)

Show SOLIHIN
Hari: Sabtu 22/10/2004
Masa: lepas asar
Tempat di: Cause Way point (Bersebelahan Woodland shopping ctr)


Show khas untuk bulan ramadhan ni di bazar ramadhan.

Ibu ada juga pesan VCD Hijjaz, Inteam dan UNIC masa di kl tak sempat mintak Faizal, besok kalau dia tak bawak juga nak kena budak ni kekeke.... Tak salah ibu Solihin juga akan buat persembahan di bazar berkenaan. Tak sabar nak jumpa faizal dan juga Hijjaz, semuga show tu nanti berjalan dengan baik insyAllah.

Kalau senang tu ptg jumaat ni jom kita ramaikan bazar ramadhan di woodland tu kasi support pada Solihin dan Hijjaz. Dan jangan lupa untuk ke bazar tu berbelanja sambil beramal. Jumpa nanti di sana.

Wassalam
Ibumisali

Sunday, December 12, 2010

Masjid Darussala

Masjid DarussalamImage Hosted by ImageShack.us
Ibu sedang briffing para petugas dari National Nasyid Singapore (NNS) & petugas Muslimah Darussalam - Clementi Spore.
Image Hosted by ImageShack.us




Ash-Syifa' bersama Hijjaz
Kesian Hijjaz,dahlah penat show mlm sabtu di Madrasah Aljunied, kena pulak datang untuk bersama sahabat Hijjaz di spore.









Segment 'Istimewa Bersama Hijjaz'

sessi dialog bersama Peminat/Ahli Sahabat Hijjaz







Para petugas menanti ketibaan Hijjaz
Semua agak rimas jugak bila Hijjaz masih tak kunjung tiba (tengok jam dah lebih dari jam 2ptg.. mungkin ada masalah agaknya, akhirnya mereka muncul juga jam 2.15ptg.


Image Hosted by ImageShack.us
Ibu- meeting bersama lizz abah Ustz Syed Hamid Alkaff
Sempat lagi bincang dengan lizz akan atur acara dan ucapan pada hari tu, Lizz jadi MC pada hari tersebut, masih on traning dia ni hehehe... kira dah bolehlah tu kena banyak belajar.


Image Hosted by ImageShack.usAktivis dari Masjid Darussalam
Inilah antara orang-orang kuat di Masjid Darussalam, mereka juga yg menyediakan hidangan dan sebelah ptgnya mereka menjadi penasyid, alhamdulillah terima kasihlah pada semua sahabat ibu ni, tanpa sokongan mereka senak jugak nak buat sendiri, terima kasih akak-akak semua.

Menjamu selera

Tengok tu hidangan banyak betul, masjid Darussalam ni kalau ada majlis terkenal dengan banyaknya jamuan yg mereka sediakan, ucapan setinggi-tinggi terima Kasih pada Pihak Lembaga Pentadbir Masjid juga para kakitangan masjid.

Muslimah Darussalam
Persembahan Nasyid dari Muslimah Darussalam (boleh tahan jugak akak-akak ni, lain kali 2 lagu eh :D)

Hall Darussalam sewaktu acara bermula
Setelah sekian lama penonton menanti tiba giliran Hijjaz untuk buat persembahan dgn lagu terbarunya.

Sessi bergambar - Muslimah Masjid Darussalam bersama Hijjaz
Tengok tu semua dah berkerumun, kesian akak-akak tu nak bergambar, para peminat Hijjaz masih berpusu minta tanda tangan dari Hijjaz

Persembahan dari - Kumpulan Nasyid Solihin

Persembahan dari kumpulan Solihin dengan 2 buah lagu. Solihin adalah juara pada pertandingan Anugerah Nasyid Nasional anjuran Persatuan Wartawan.

Persembahan Nasyid dari Kumpulan Nasyid Ash-Syifa'
Image Hosted by ImageShack.us
Dgn persembahan Nasyid dari Kumpulan Ash-syifa' dgn lagunya - Kalimah Cinta secara Live plus minus one

Dikir Barat bukit batok
Image Hosted by ImageShack.us
Sungguh bertenaga anak-anak muda ni, semuga berjaya dalam usaha kalian mempertingkatkan dikir barat.
Pada semua yg menjayakan majlis di atas ini kami mengucapkan ribuan terima kasih, di atas sokongan yg di berikan, hanya Allah saja yg dapat membalasnya AMIN.